.....

Saturday, October 9, 2010

ReNunGan UntUk aWeKs2...Jurnal LeLaKi...

1. Kuat agama dan teguh imannya
  • Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing anda dan memelihara iman anda. jauhi dari lelaki yang cepat runtuh imannya.

2. Baik akhlaknya
  • Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia. Jauhi dari lelaki yang suka mengherdik dan tidak menghormati perasaan anda.

3. Tegas mempertahankan maruah
  • Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia cuba memeluk anda sewaktu berdua-duaan? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan? Fikir-fikirkanlah

4. Amanah
  • Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia, tidak boleh di percayai.

5. Pemurah tetapi tidak boros
  • Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.Itulah lelaki yang anda mesti cari.

6. Tidak liar matanya
  • Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Jika dia memandang wanita lain dan tidak mengendahkan anda berhati-hati lah anda jangan tertipu janji manis nya
7. Terbatas pergaulan dan Tidak Manis kata-kata
  • Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, dan dia tidak mengamalkan cara hidup bebas serta tidak punya kawan perempuan merata-rata. Tidak mengatakan MISS U dan memanggil SAYANG kepada semua wanita dan tidak memutarkan kata-kata manis hanya untuk menyedapkan hati wanita.....
kite sume dibekal kan akal...kadang2 akal yg xterkawal bleh wat kite tersasar... islam agama yg shumul... sbgai umat islam, kite patut bersyukur dngan nikmat yg diberi....AKAL....

No comments:

Post a Comment

jerit kuat2 lau suka tau.....lalalala